Dimaklumkan bahawa penyewa2 kat sana akan kene usir disebabkan tunggakan pembayaran sewa rumah yang sudah terlalu tinggi.
Pada pandangan aku, dah nama pun PPRT, penghuni-penghunai kat sana memang la berpendapatan rendah. Ibu tunggal, warga emas.. Huh, nak cari makan pun mengagau, ini kan pula nak bayar sewa rumah. Memang lah kalu di ikutkan, sewa RM250.00/month yg dikenakan adalah agak rendah, tetapi bayangkan lah, mereka ni nak kene sara diri lagi, nak kene sara anak-anak lagi. Diorang ni nak makan pun kene catu bebe. Kisan aku tengok kisah hidup diaorang.
Ini lah salah kerajaan kite. Rasuah sikit, dah dapat stay kat rumah PPRT tu. Wal hal, rumah tu sepatunye untuk orang-orang yang sepatutnye dapat sahaja. Kemudian, nasib rakyat-rakyat berpendapatan rendah ni terpinggir. Ish. Ish. Ish....Macam ni ker kerajaan yang kite pilih?
Wakil-wakil rakyat, cube lah meninjau sikit nasib-nasib rakyat yang terpinggir ni. Jangan asyik nak mencari sumber-sumber yang boleh mendapat rasuah sahaja. Jangan asyik nak bergaduh sesama sendiri nak berebut kuasa sahaja.
Labels: Kerajaan Prihatin?

posted by De Carelove at 2:23 PM